Monday 17 December 2012

Masjid Amru al-As,Dumyat

0 comments

Firman Allah taala: “Tidaklah pantas mereka yang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir.Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka” (Taubah: 17)

Firman Allah taala: “Hanya mereka  yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah mereka  yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat…” (Taubah: 18)


Masjid ini dibina pada tahun 642M bersamaan 21H. Dikenali sebagai masjid Al-Fath bersempena dengan peristiwa pembukaan Mesir (فتح مصر). Masjid ini telah dibuka oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Miqdad bin Al-Aswad bin Tsa’labah bin Malik bin Rabiah. Meninggal pada 133H ketika berumur 70 tahun.


Merupakan masjid yang kedua dibina di Mesir dan Benua Afrika. Telah mengalami proses pembinaan semula dan pengubahsuaian lebih dari sekali . Pernah dimusnahkan oleh tentera Byzantine pada tahun 853M. Setelah orang islam kembali menguasai Dumyat, masjid ini dibina semula dan dibesarkan beberapa kali sehinggalah zaman Ayyubiah. Pernah ditukar menjadi gereja sebanyak dua kali.


Pada tahun 1219 ketika berlakunya perang salib ke-5, tentera salib telah menguasai Dumyat dan menukar masjid ini menjadi gereja. Kitab Al-Quran yang ada di masjid ini di hantar ke Rom untuk dipersembahkan kepada Pope sebagai bukti penaklukan Dumyat. Namun, pada dua tahun berikutnya(1221) tentera salib dikalahkan di Kaherah dan tempat ini ditukar semula menjadi masjid.


Pada tahun 1249 ketika berlakunya perang salib ke-7, masjid ini ditukar kali keduanya menjadi gereja dan dinamakan Gereja Virgin Mary (Virgin Mary Catheral). Strukturnya diubahsuai mengikut ciri-ciri keagamaan Kristian bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti gereja.   


Antara peristiwa keagamaan Kristian yang sempat dilakukan disini ialah acara pembaptisan anak lelaki Raja Louis  ke-8  yang bernama John Triston. Pada zaman Mamluk, mereka telah berjaya mengalahkan tentera salib . Pemerintah Mamluk pada waktu itu ialah Sultan Baibar. Beliau telah mengukuhkan dan membaikpulih masjid ini. Proses pengubahsuaian berlaku sehingga zaman Turki Uthmaniyyah.


Masjid ini telah mengalami kerosakan akibat faktor persekitaran, takungan air bawah tanah, kelembapan dan lain-lain. Sehingga pada tahun 2002 (Suprema Council of Antiquitics of Egypt) telah memulakan langkah pembaikpulihan seluruh masjid. Perbelanjaan kos pembaikpulihan itu mencecah 27 juta pound Egypt. Kemudian masjid ini dibuka semula pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini.
















Wednesday 12 December 2012

Masjid Al-Bahr

0 comments
 Masjid Al-Bahr,Dumyat,Mesir.

Mesir terkenal sebagai gelaran negara seribu menara. Seribu menara di sini membawa maksud bilangan masjid atau tempat ibadat yang boleh kita dapati di merata-rata tempat. Kehidupan masyarakat mesir yang terkenal dengan kekuatan dalam beramal ibadat  tidak merasakan kita pelik dengan gelaran seribu menara ini. Disebabkan gelaran inilah,saya cuba berkongsi kepada pembaca tentang sejarah yang boleh kita dapati daripada beberapa buah masjid yang berada di sekitar daerah Dumyat ini. Salah satunya masjid Al-Bahr.

 Masjid ini terletak di tebing Sungai Dumyat. Dibina pada tahun 1609M ketika pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Masjid ini bercirikan senibina Andalusia . Telah melalui proses penambahbaikan sebanyak dua kali. Kali yang pertama pada tahun 1009M. Manakala yang kedua kalinya pada tahun 1967M. Masjid ini dibuka semula kepada orang awam pada hari israk dan mikraj 1418H pada tahun 1997 .

Seni bina  yang menarik . Sesiapa yang melihat masjid ini pasti hatinya akan tertawan untuk memasuki dan menikmati keindahan seni binanya. Mempunyai sebuah kubah yang besar dan 4 buah kubah kecil. Mempunyai 2 menara dan terdapat di dalamnya perpustakaan. Sewaktu kami melawat masjid ini, perpustakaannya tidak dapat kami masuki kerana sedang diselenggarakan oleh pihak ahli jawatankuasa masjid.









ukiran bercorakkan Andalusia


adik-adik comel menunggu si guru untuk mengaji al-quran











Tuesday 11 December 2012

0 comments

Selamat menyambut hari lahir yang  ke-42, buat ibu yang sentiasa di rindui…kami mendoakan ibu sentiasa berada dalam kebaikan dan kerahmatan Allah…susah senangmu ketika menjaga dan mendewasakan kami tetap diingat serta disemat cermat di dalam qolbu nurani kami…tanpamu ibu siapalah kami?...doakan kejayaan kami, wahai ibu…Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku…amin ya Rabb.(^_^)















Tuesday 4 December 2012

0 comments


Selamat menyambut hari lahir yang ke-53,buat ayahndaku yang nun jauh di sana…Anaknda di sini sentiasa mendoakan ayahnda sentiasa berada dalam kebaikan…Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat di samping keluarga yang di sayangi…Mudah-mudahan sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah taala…Dipermudahkan segala urusan baik urusan dunia dan urusan akhirat…Aku mewakili adik-adik lain ingin menyusun 10 jari menghulur kemaafan kepada ayahnda,mungkin selama ini kami telah melakukan kesalahan,terkasar bahasa,menyinggung perasaan…maafkan kami…(^_^)