Wednesday, 6 January 2016

Dakwah Adalah Duniaku

0 comments






























Sifat manusia itu berbeza-beza. Manusia mempunyai pelbagai cita rasa dan keminatan yang berbeza. Kecenderungan seseorang untuk menceburi sesuatu bidang semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu. Kita tidak boleh memaksa seseorang yang lain untuk minat sesuatu perkara yang kita sukai sedangkan dia tidak meminatinya. Begitu juga sebaliknya. Bilamana dia mempunyai kecenderungan tertentu maka secara pastinya ia akan ada tugasannya tersendiri.

Mempunyai tugasan tersendiri sebenarnya dapat melahirkan kepada daya gerak kerja yang dinamik dan profesional dalam sesuatu bidang. Tugasan-tugasan ini jika dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab akan membawa kepada penghasilan yang baik dan luar biasa. Pernah kita dengar, setiap insan boleh saja belajar dalam pelbagai bidang, namun untuk menjadikannya pakar dalam semua bidang  adalah mustahil. Apakah sebab yang menjadikannya mustahil? Kerana keterbatasan dan ketidakmampuan kita yang bergelar manusia menyebabkan kita tidak akan larat untuk menanggung kesemua tugasan-tugasan dalam pelbagai bidang. Maka tidak dapat tidak, manusia itu berhajat kepada bidang kepakaran masing-masing.

Dalam bidang kedoktoran, seseorang yang pakar semestinya akan menguasai ilmu kedoktoran tersebut sebaik mungkin. Mereka akan kenal jenis-jenis ubat dan tahu cara menggunakan ubat-ubatan tersebut. Mereka juga  akan faham segala jenis penyakit dan pakar dalam mengubati penyakit. terkadang, hanya dengan merasa degupan jantung dan melihat ke kelopak mata, mereka dapat mengesan jenis penyakit yang mungkin ada dalam diri pesakit.  

Bagi mereka yang pakar dalam bidang komputer pula, mereka lebih memahami ilmu-ilmu yang berkaitan komputer. Semua software dan hardware dalam ilmu pengkomputeran dapat difahami dengan baik. Kekerapan mereka membaikpulih sistem-sistem yang ada dalam komputer menyebabkan meraka mahir dalam selok belok ilmu komputer. Tambahan pula sifat berani mencuba menyebabkan mereka pakar dalam bidang komputer.

Begitu juga mereka yang bergelar pendakwah. Seseorang yang bergelar pendakwah perlulah pakar dalam dunia dakwah. Mempunyai ilmu yang luas, Pengalaman yang banyak dan strategi penyampaian yang baik merupakan elemen-elemen penting yang patut ada dalam diri pendakwah. Tidak cukup dengan itu, sifat berani mencuba, bersungguh-sungguh dan sabar dalam berdakwah juga adalah sifat-sifat mesti dalam diri seorang pendakwah. Seorang pendakwah juga perlu senantiasa menghidupkan ibadat-ibadat sunat yang lain agar Allah memberikan kekuatan dalaman dan luaran agar dapat mengharungi segala cabaran tanpa mengenal erti putus asa dalam menyebarkan dakwahnya. Da'ie adalah pendakwah manakala mad'u adalah mereka yang didakwah. Setiap da'ie mesti bertanggungjaweab keatas mad'unya. Bimbinglah mad'u sebaik-baiknya, tunjukkan mereka kejalan yang Allah redhai dan senantiasa mendoakan mad'u agar sentiasa tetap dijalan Allah. Amin.








Sunday, 3 January 2016

0 comments






























Friday, 1 January 2016

Tahun baru 2016.

0 comments



















Kata Hamka "perubahan itu adalah suatu ketetapan dalam kehidupan".Maknanya,kehidupan itu pasti akan mengalami perubahan.Dahulunya,kita hidup di kampung halaman sekarang kita hidup di bandar,dahulunya kita menggunakan kenderaan motosikal sekarang kita menggunakan kereta,dahulu bangunannya rendah sekarang bangunannya tinggi mencakar langit,dahulu kita hanya dapat melihat angkasa lepas sekarang kita sudah boleh naik dan menerokai angkasa lepas,dahulu kita hanya menonton wayang kulit beramai-ramai sekarang kita sudah ada televisyen di setiap rumah.

Hakikatnya kehidupan manusia sentiasa ada perubahan dan manusia suka akan perubahan.Perubahan yang dimaksudkan ialah berubah kepada kehidupan yang lebih bersistematik,teratur dan baik.Ini adalah perubahan yang memang dianjurkan oleh islam.


Begitu juga dengan masa dan keadaan akan mengalami perubahan.Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan dan tahun demi tahun.Kini tahun 2015 telah selamat melabuhkan tirainya manakala tahun 2016 mendatangi kita.Episod kehidupan kita tetap diteruskan.

Tiap-tiap manusia mempunyai tujuan hidup masing-masing.Biarpun berbagai-bagai perubahan berlaku di atas muka bumi ini akan tetapi tujuan hidup kita tetap sama dari dahulu hingga sekarang.Kita diadakan di sini bukan suka-suka dan saja-saja.Kita ada misi dan visi yang jelas.Dari kehidupan yang sementara menuju kepada kehidupan yang kekal abadi.Semoga Allah senantiasa mengekalkan kita dalam nikmat taufik dan hidayahNya.amin









Wednesday, 30 December 2015

Terima kasih Tuhan.

0 comments






Alhamdulillah,segala puji-pujian kepada Tuhan semesta alam Allah azza wajalla yang menciptakan langit dan bumi , menjadikan siang dan malam, menciptakan matahari dan bintang, mencipta masa yang ada padanya awal dan pengakhiran. Tidak ada yang lebih bernilai daripada seorang hamba kepada tuhannya melainkan lahirnya rasa kesyukuran dalam jiwa hamba-hamba itu.

Mensyukuri nikmat yang telah diberikan merupakan amalan mulia.Di zaman kanak-kanak dahulu jika ibu bapa kita memberikan sesuatu barang yang sangat kita suka  maka sudah semestinya kita akan menjaga barang itu sebaik-baiknya.Setiap masa kita akan memerhatikan keadaan barang  tadi.Kita khuatir kalau-kalau barang tadi di kacau dan di ambil oleh orang lain.Kita bangga dan gembira dengan pemberian ibu bapa itu.Setibanya kita di sekolah kita akan ceritakan kepada kawan-kawan lain.Walaupun di masa itu kita tidak mengerti maksud syukur  tetapi hakikatnya kita telah merasai rasa bersyukur.


 Manusia itu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing. Manusia perlukan makan minum,tempat tinggal dan pakaian untuk terus hidup. Manusia juga punya keinginan-keinginan tertentu untuk hidup lebih selesa seperti mempunyai kereta sendiri,hiburan,teman hidup dan sebagainya. Lalu Allah berikan semua itu,Allah ciptakan semuanya untuk memudahkan urusan kehidupan manusia. Malahan ada perkara manusia tidak meminta Allah tetap memberi dan terus memberi. Contohnya cahaya matahari,tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan oksigen, udara yang segar,cuaca dan iklim yang berbagai, pertukaran siang dan malam,bintang-bintang yang dijadikan penunjuk arah,keadaan air laut yang ada pasang surutnya dan kejadian-kejadian yang lain.Ini adalah perkara yang Allah tetap berikan sekalipun manusia itu tidak memintanya.

Cuba bayangkan sekiranya Allah menghilangkan cahaya matahari dan melarang tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigennya. Allah hentikan peredaran siang dan malam, bumi dan planet lain tidak berputar di atas paksinya, agaknya bagaimana kehidupan manusia waktu itu?

 Maka sudah semestinya kehidupan manusia itu akan binasa.

Manusia sentiasa mengharap pada barang yang belum ada sehingga ia lupa dengan yang ada.Bukan salah berkeinginan untuk memiliki yang belum ada,akan tetapi jangan sampai kita lupa bersyukur dengan apa yang ada.Hargai nikmat yang Allah berikan dengan menunaikan tuntutan kita kepadaNya.Insya Allah

Tuesday, 10 December 2013

0 comments






Tuesday, 5 November 2013

0 comments
بسم الله الرحن الرحيم
 
 
Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.
Antaranya, hijrah Nabi s.a.w dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yg baru.
HIJRAH
Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram. 
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yg kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit utk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan,  tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.
Muharram adalah bulan pertama daripada 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab r.a. memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yg lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah nabi s.a.w. Pada tahun Nabi berhijrah itu, Nabi berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan pada 1 Muharram.
DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya  Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."
Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yg dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kpd sebuah riwayat 'yang antaranya menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.
Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yg batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.
CATATAN AMALAN
Dakwaan yg mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi s.a.w.
Hadithhadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada :
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban.   -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu Syaaban-)
Hadith-hadith sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ‏"‏‏.

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya : 
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya:
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hambaKu itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. )
-Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا ‏"‏ ‏.‏

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :
"Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hambaNya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.)     
-Hadith Sahih.-
3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.)  
-Hadith Hasan-
BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.
Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan-bulan lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan Syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan Zulhijjah...."
"Barangsiapa yg  memperingatkan bulan Rejab..."
Berdasarkan panduan para ulama dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu).
Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan :
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ‏"‏‏.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)‏
    والله اعلم.

Daripada tulisan Dr Abu Anas Madani.
 
Jazakallah khairan khathirah...
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 29 October 2013

0 comments


“Alkisah diceritakan ketika Imam As-Syafie rh.a masih kecil sedang ia duduk dalam majlis ilmu Imam Malik rh.a (gurunya) di Madinah Al-Munawwarah.

Imam Malik rh.a membaca hadis-hadis Rasulullah SAW di dalam masjidnya. Seperti biasa ,apabila membacakan hadis dia akan mengatakan: Daripada si fulan,daripada si fulan dan daripada pemilik maqam ini,kemudian ia mengisyaratkan kepada kubur Rasulullah SAW.

Imam As-Syafie  melihat apa yang dilakukan oleh gurunya...Lalu ia mengambil tali.Setiap kali apa-apa yang disebutkan oleh gurunya ia akan menggulung di tangannya.

Melihat perlakuan itu,Imam Malik berasa marah. Imam Malik menunggu sehinggalah selesai ia membacakan hadis sebanyak 40 hadis.

Imam Malik memanggilnya,kemudian Imam Syafie duduk di sisinya “Mengapa engkau bermain ketika aku membaca hadis-hadis Rasulullah SAW ?” Tanya Imam Malik.

“Wahai guruku,bukanlah aku bermain akan tetapi aku menggulung tali di tangan supaya aku mengingat setiap kali apa-apa yang telah engkau sampaikan. Aku takut aku terlupa . Aku tidak punya kertas dan pensil kerana aku tidak punya duit untuk membelinya”.

Imam Malik merasa terkejut.

“Baiklah...jika sungguh engkau benar maka bacalah walau satu hadis yang telah ku ajar sebelum-sebelum ini”.

Maka Imam Syafie pun duduk seperti duduknya Imam Malik ketika mengajar . Lalu ia membacakan: Daripada si fulan, daripada si fulan dan daripada pemilik maqam ini, dia mengisyaratkan sepertimana  yang telah diisyaratkan oleh Imam Malik ,kemudian ia membaca sehingga selesai 40 hadis.

Imam Malik merasa kagum dengan kepintaran Imam Syafie.

Seraya dia berkata “ Sesungguhnya aku melihat Allah menyinari hatimu dengan cahaya-Nya,maka janganlah engkau gelapi ia dengan kegelapan maksiat”.



“Telah diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa seorang alim daripada suku Quraisy akan memenuhi dunia ini dengan ilmu”. (Al-Baihaqi-Manaqib Asy-Syafie 1/54).


 Pujian orang kepadanya, “Semua manusia kembali dengan membawa kecewa,Asy-Syafie kembali  dengan membawa permata”. (ibid. 2/306)