Friday 31 August 2012

0 comments




Ucapan pembukaan sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran, Iran hari ini benar-benar telah melonjakkan nama Presiden Dr.Muhammad Mursi apabila ucapannya menjadi perhatian dan dipuji oleh dunia Arab. Keberanian dan kelantangan beliau
yang melabelkan rejim Syria sebagai "pengganas" dan menyeru dunia agar bertanggungjawab menghentikan pertumpahan darah di Syria menyebabkan delegasi wakil Basyar yang hadir panas telinga lantas meninggalkan dewan persidangan.

Bukan itu sahaja, mukadimah ucapan Mursi turut menjadi perhatian apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.

Islammemo melaporkan berita dengan tajuk: "Mursi Meredhai Khulafa' Ar-Rasyidin Dalam Ucapannya di Tehran".

Selepas mengucap tahmid kepada Allah, Mursi berselawat ke atas Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ya Allah! Selawat dan salamlah ke atas Baginda SAW, ke atas Ahli Keluarga Baginda. Ya Allah! Redhailah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, serta para sahabat seluruhnya dan pengikut-pengikutnya hingga hari Kiamat."

Menurut laporan ini, para ulamak Syiah yang mendengar ucapan turut berselawat meninggikan suara beramai-ramai (seperti selawat Syiah yang biasa dilaungkannya) ketika Mursi berselawat ke atas Nabi.

Tindakan ini ternyata menggembirakan golongan agama, pendakwah dan ulamak Mesir yang mengikuti ucapan Mursi. Bagi mereka, mukadimah ucapan yang disampaikan di ibu negara Iran, Tehran (yang terkenal dengan penyebaran dan pengamalan Syiah, yang sering melaknat para sahabat Rasulullah SAW) menggambarkan pendirian Mursi yang menolak laknat dan cercaan ke atas para sahabat Rasulullah SAW.

Tindakan berani yang penuh berhikmah Mursi ini dipuji oleh seorang pendakwah Kuwait, Syeikh Hamid El-'Ali melalui dua rangkap syair yang ditujukan kepada Mursi.

Lawatan Mursi ke Iran sebelum ini mendapat tentangan dari aktivis-aktivis Islam khasnya pendirian Iran yang kuat menyokong rejim Syria akan tetapi nyata mereka mengubah pendirian setelah mendengar ucapan Mursi.

Monday 20 August 2012

Raya lagi!

0 comments
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan kepada ayahnda,bonda,ahli keluarga serta sahabat yang lain.Walaupun jauh disisi keluarga ,kehangatan hari lebaran tetap di sambut dengan rasa gembira.Suara takbir yang membesarkan keagunganMu(Allah) menjadikan jiwa ini terasa sayu sepi.Sama-samalah kita merafa'kan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana menemukan kita dengan aidilfitri pada tahun 2012 ini.

Inilah sedikit hidangan yang sempat kami sediakan sebagai santapan di pagi raya.Terima kasih sahabat-sahabat ku sekalian.Harap-harap tahun depan dapat buat macam ni lagi..hehe