Wednesday 12 December 2012

Masjid Al-Bahr

 Masjid Al-Bahr,Dumyat,Mesir.

Mesir terkenal sebagai gelaran negara seribu menara. Seribu menara di sini membawa maksud bilangan masjid atau tempat ibadat yang boleh kita dapati di merata-rata tempat. Kehidupan masyarakat mesir yang terkenal dengan kekuatan dalam beramal ibadat  tidak merasakan kita pelik dengan gelaran seribu menara ini. Disebabkan gelaran inilah,saya cuba berkongsi kepada pembaca tentang sejarah yang boleh kita dapati daripada beberapa buah masjid yang berada di sekitar daerah Dumyat ini. Salah satunya masjid Al-Bahr.

 Masjid ini terletak di tebing Sungai Dumyat. Dibina pada tahun 1609M ketika pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Masjid ini bercirikan senibina Andalusia . Telah melalui proses penambahbaikan sebanyak dua kali. Kali yang pertama pada tahun 1009M. Manakala yang kedua kalinya pada tahun 1967M. Masjid ini dibuka semula kepada orang awam pada hari israk dan mikraj 1418H pada tahun 1997 .

Seni bina  yang menarik . Sesiapa yang melihat masjid ini pasti hatinya akan tertawan untuk memasuki dan menikmati keindahan seni binanya. Mempunyai sebuah kubah yang besar dan 4 buah kubah kecil. Mempunyai 2 menara dan terdapat di dalamnya perpustakaan. Sewaktu kami melawat masjid ini, perpustakaannya tidak dapat kami masuki kerana sedang diselenggarakan oleh pihak ahli jawatankuasa masjid.









ukiran bercorakkan Andalusia


adik-adik comel menunggu si guru untuk mengaji al-quran











0 comments:

Post a Comment