Wednesday 6 January 2016

Dakwah Adalah Duniaku































Sifat manusia itu berbeza-beza. Manusia mempunyai pelbagai cita rasa dan keminatan yang berbeza. Kecenderungan seseorang untuk menceburi sesuatu bidang semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu. Kita tidak boleh memaksa seseorang yang lain untuk minat sesuatu perkara yang kita sukai sedangkan dia tidak meminatinya. Begitu juga sebaliknya. Bilamana dia mempunyai kecenderungan tertentu maka secara pastinya ia akan ada tugasannya tersendiri.

Mempunyai tugasan tersendiri sebenarnya dapat melahirkan kepada daya gerak kerja yang dinamik dan profesional dalam sesuatu bidang. Tugasan-tugasan ini jika dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab akan membawa kepada penghasilan yang baik dan luar biasa. Pernah kita dengar, setiap insan boleh saja belajar dalam pelbagai bidang, namun untuk menjadikannya pakar dalam semua bidang  adalah mustahil. Apakah sebab yang menjadikannya mustahil? Kerana keterbatasan dan ketidakmampuan kita yang bergelar manusia menyebabkan kita tidak akan larat untuk menanggung kesemua tugasan-tugasan dalam pelbagai bidang. Maka tidak dapat tidak, manusia itu berhajat kepada bidang kepakaran masing-masing.

Dalam bidang kedoktoran, seseorang yang pakar semestinya akan menguasai ilmu kedoktoran tersebut sebaik mungkin. Mereka akan kenal jenis-jenis ubat dan tahu cara menggunakan ubat-ubatan tersebut. Mereka juga  akan faham segala jenis penyakit dan pakar dalam mengubati penyakit. terkadang, hanya dengan merasa degupan jantung dan melihat ke kelopak mata, mereka dapat mengesan jenis penyakit yang mungkin ada dalam diri pesakit.  

Bagi mereka yang pakar dalam bidang komputer pula, mereka lebih memahami ilmu-ilmu yang berkaitan komputer. Semua software dan hardware dalam ilmu pengkomputeran dapat difahami dengan baik. Kekerapan mereka membaikpulih sistem-sistem yang ada dalam komputer menyebabkan meraka mahir dalam selok belok ilmu komputer. Tambahan pula sifat berani mencuba menyebabkan mereka pakar dalam bidang komputer.

Begitu juga mereka yang bergelar pendakwah. Seseorang yang bergelar pendakwah perlulah pakar dalam dunia dakwah. Mempunyai ilmu yang luas, Pengalaman yang banyak dan strategi penyampaian yang baik merupakan elemen-elemen penting yang patut ada dalam diri pendakwah. Tidak cukup dengan itu, sifat berani mencuba, bersungguh-sungguh dan sabar dalam berdakwah juga adalah sifat-sifat mesti dalam diri seorang pendakwah. Seorang pendakwah juga perlu senantiasa menghidupkan ibadat-ibadat sunat yang lain agar Allah memberikan kekuatan dalaman dan luaran agar dapat mengharungi segala cabaran tanpa mengenal erti putus asa dalam menyebarkan dakwahnya. Da'ie adalah pendakwah manakala mad'u adalah mereka yang didakwah. Setiap da'ie mesti bertanggungjaweab keatas mad'unya. Bimbinglah mad'u sebaik-baiknya, tunjukkan mereka kejalan yang Allah redhai dan senantiasa mendoakan mad'u agar sentiasa tetap dijalan Allah. Amin.








0 comments:

Post a Comment