Friday 7 September 2012

Berjaya orang yang khusyuk.



Kata buya Hamka: “Orang yang tidak khusyuk itu samalah seperti orang yang mengunci jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri.Pada saat tangannya menolak engsel ,matanya memastikan ia benar-benar berhasil mengunci jendelanya bahkan telinganya sempat pula mendengar bunyi engsel menyelak pintu .Namun kerana kegagalannya untuk khusyuk ,sebaik tiba dipembaringan lantas ia bangun kembali sambil bertanya pada hati sendiri “adakah aku telah mengunci jendela?Lalu apa gunanya mata yang melihat,tangan yang bergerak dan telinga yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci?”
Allah berfirman  “sesungguhnya berjayalah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya” (surah al-mukminin).

Dalam surah ini Allah swt telah menjelaskan tentang kejayaan bagi orang-orang yang beriman yang melaksanakan solat dengan penuh rasa khusyuk.Kekhusyukkan di dalam solat merupakan  faktor kejayaan yang utama untuk orang yang beriman itu berjaya dalam aspek kehidupan yang lain.Buktinya,para salafus soleh telah menunjukkan kejayaan itu.Ribuan kitab telah membicarakan kejayaan mereka dalam apa jua bidang.Tidak kira samada di bidang politik,ekonomi,sosial,pendidikan,sahsiah dan sebagainya.Hanya terhenti ke atas kita sahaja untuk mengkaji cara kehidupan mereka itu.Orang hari ini yang ingin berjaya hendaklah ia meneladani orang terdahulu yang telah berjaya.Itulah hukum sebuah kejayaan.

Pelik sungguh orang islam itu,kejayaannya bukan untuk hari ini,esok lusa dan seterusnya.Tetapi kejayaan mereka sampai ke puncaknya di akhirat sana.Daripada maknawi(dunia) menuju kepada hakiki(akhirat).

 Bukan mudah untuk mencapai khusyuk dalam solat,akan tetapi janganlah kita mudah berputus asa,janganlah kita menjadikan tidak khusyuk itu sebagai alasan untuk tidak melakukan solat.Sebagai tamsilannya,seorang pelajar itu pasti tidak akan mencapai kejayaan yang cemerlang tanpa berusaha bersungguh-sungguh.Belajar sekali tidak mungkin ia akan berjaya,akan tetapi jika ia belajar berulangkali pasti ia akan menemukan kejayaan itu.

Bukankah Allah telah menyatakan di dalam al-quran,janganlah kamu berkata kamu telah beriman sedang kamu belum di uji??sebagai harapannya,berterusanlah meminta kepada Allah dan janganlah kita futur(putus asa) kepada rahmat Allah.Moga iman kita ditingkatkan dan diberikan khusyuk dalam solat kelak.Amin ya Rabb.

0 comments:

Post a Comment