Monday 8 October 2012

siapa orang yang berjaya?

-->
 Asas utama untuk menjadi orang yang berjaya ialah dia berpegang teguh dengan tujuan hidupnya.Logik akalnya,jika tidak ada tujuan hidup maka sia-sialah kehidupan ini.Dia tidak akan tahu,apakah sebab dia diwujudkan di muka bumi ini dan ke mana dia akan pergi selepas kehidupan ini.Tidak dapat tidak ,dia wajib berpegang teguh dengan tujuan hidup tersebut.Lalu apakah tujuan hidup itu?

Sesuai dengan firman Allah swt yang berbunyi “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaKu (Allah)”.Firman Allah lagi  “sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukanNya dengan yang lain”.Bagi mereka yang bergelar pelajar atau pekerja sesibuk mana pun mereka belajar dan bekerja,mereka tidak akan lupa kepada tujuan hidupnya.

Mafhum sabda rasulullah “bersungguh-sungguhlah kamu dalam melakukan sesuatu perkara”.Bersungguh-sungguh di sini boleh kita bahagikan kepada dua bahagian.Bahagian pertama ialah bersungguh-sungguh dari segi visi dan kedua dari segi misi.Visi ialah sasaran pencapaian pada masa terdekat,manakala misi ialah sasaran pencapaian pada masa jauh.Sebagai contoh ,setiap pelajar itu mempunyai “target” pada setiap hari untuk menguasai tajuk atau topik yang dipelajari.Ini dipanggil visi. Bilamana dia boleh melakukan sedemikian,maka ianya akan memudahkan pelajar itu mengulangkaji pada masa akan datang.Seterusnya dia berjaya menguasai subjek tersebut.Ini dipanggil misi.                                            

Ingat! Kejayaan hari ini menentukan kejayaan pada masa akan datang. Berkata seorang hukama “sungguh aku berasa sedih ,bermula terbit matahari sehingga terbenamnya sedang aku tidak mendapatkan suatu ilmu pun pada hari itu”. Inilah contoh cendekiawan kita,mendapatkan ilmu pada setiap hari merupakan perkara yang membahagiakan bagi dirinya.Jauh berbeza dengan masyarakat hari ini,yang menganggap enteng pada ilmu pengetahuan.Hasil kegigihan ulama-ulama dahulu dapat kita lihat hari ini islam itu gah dengan keilmuannya.


Ingat! Kegagalan kali pertama bukan bererti gagal seterusnya.Tetapi boleh jadi juga akan gagal seterusnya sekiranya dia tidak memperbaiki kegagalan yang pertama itu.Cuba “check” kelemahan atau kesilapan yang lalu,dan terus memperbaikinya dari masa ke semasa. InsyaAllah kejayaan milikmu. Kata bijak pandai “tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh,tetapi tuhan mencipta manusia itu dengan kebijaksanaan yang berbeza”.Wallahu a’lam.









0 comments:

Post a Comment