Thursday 8 November 2012

Contoh teladan daripada Sultan Muhammad Al-Fateh.



 


Ketegasan

Ketegasan merupakan sifat utama bagi seorang pemimpin . Sifat ini menjadikan setiap arahan daripada pemimpin itu wajib diikuti. Jika mereka yang dipimpin melanggar arahan ,maka selayaknya  pemimpin boleh menjatuhkan hukuman atau melucutkan jawatannya serta merta.

Sifat ini telah ditonjolkan oleh sultan muhammad sendiri . Ketika mana raja-raja Eropah telah menghantar  100 buah kapal untuk membantu maharaja konstantine melalui pelabuhan  Tanduk Emas. Sultan Muhammad telah memerintahkan Panglima Zaqhanus memusnahkan kapal-kapal tersebut.

Akan tetapi  Panglima zaqhanus tidak dapat memusnahkan dan memberitahu kepada Sultan Muhammad bahawa kapal-kapal perang Eropah itu mempunyai kelengkapan perang. Dengan serta merta ,Sultan Muhammad terus memecatnya kerana Panglima Zaqhanus kelihatan seperti sudah berputus asa.


Kehebatan berfikir

Salah satu sifat yang wajar dijadikan teladan daripada Sultan Muhammad ialah memiliki kehebatan berfikir . Kehebatan berfikir merupakan sifat yang Allah anugerahkan kepada makhluknya yang tertentu.

Dalam konteks ini,kita boleh melihat bagaimana Sultan Muhammad berfikir untuk memindahkan kapal-kapalnya daripada tambatan di Biskatos ke Pelabuhan Tanduk Emas.Pintu masuk pelabuhan itu dirintangi oleh rantai besi  yang sangat besar . Disebabkan rantai besi inilah,kapal-kapal perang Sultan Muhammad tidak dapat memasuki Pelabuhan Tanduk Emas. Pada awalnya Sultan Muhammad memerintahkan tenteranya untuk menggergaji rantai besi itu.Tetapi usaha itu tidak berjaya kerana tentera Konstantine telah mengetahui kegiatan tersebut dan sedar akan bunyi loceng kecemasan yang dipasang pada rantai itu.

Oleh sebab itulah, Sultan Muhammad memerintahkan tenteranya memindahkan kapal-kapal perang melalui daratan.  Mereka terpaksa melalui bukit bukau dan hutan belantara sepanjang 3 batu.  Bukankah ini adalah perkara mustahil?  Akan tetapi yakinlah,tidak ada mustahil pun di dunia ini sekiranya dengan izin Allah.  Dengan keberanian serta kehebatan Sultan Muhammad akhirnya kapal-kapal perangnya berjaya memasuki pelabuhan Tanduk Emas dan usaha ini menjadi salah satu penyumbang kepada penaklukan kota konstantinopel.


Kehebatan berzikir

Kehebatan berzikir yang dimaksudkan di sini ialah kehebatan beribadah antara hubungan makhluk dengan Penciptanya(Allah).  Sultan Muhammad telah berjaya menghidupkan suasana “zikir” tersebut. Baginda telah memerintahkan seluruh tenteranya melakukan qiamulail secara berjemaah dan mengatur mujahidinnya di barisan pertama ketika berperang.

Di siang hari mereka berperang manakala di malam harinya mereka menyerahkan diri mereka kepada Allah taala. Mereka meyakini dengan bersungguh-sungguh akan Nusroh Allah yang tiba tidak lama lagi.  Mereka mendambakan mati syahid di jalan Allah.  Berbeza halnya dengan tentera Konstantine yang takutkan mati.  Hasil daripada itulah, Sultan Muhammad telah berjaya merealisasikan hadis Rasulullah yang berbunyi :

“Kota konstantinopel  hanya ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik”.    Wallahu a’lam.








0 comments:

Post a Comment