Tuesday 13 November 2012

Umpama cahaya.



Sebagaimana telah kita ketahui bahawa ilmu itu adalah cahaya(an-Nur).Sifat nur ialah menerangi segala kegelapan (az-zulumat).Kegelapan yang dimaksudkan di sini ialah segala perkara kemungkaran yang akan mendatangkan dosa.Tiap-tiap kegelapan pasti akan ada cahaya,kerana itulah sunnatullah.Maha suci Allah yang menciptakan cahaya dalam kegelapan.

Orang yang menuntut ilmu semestinya mempunyai sifat kesungguhan.Tidak cukup dengan kesungguhan saja,ianya mestilah disertai dengan sifat istiqomah.Bolehlah kita ibaratkan dua sifat ini umpama isi dengan kulit.Ianya kena lazim melazimi.

Sekiranya dua sifat tadi ada pada diri seseorang penuntut ilmu,insyaAllah dia akan berjaya mencipta kejayaan tersebut.Sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang berbunyi “sesiapa yang bersungguh-sungguh pada jalan ilmu Allah,maka Allah akan permudahkan jalannya ke syurga”.

Antara kelebihan lain ialah para malaikat akan merendahkan sayapnya sebagai tanda reda setiap pekerjaan yang dilakukan oleh penuntut ilmu itu.Maksud merendahkan sayapnya di sini ialah para malaikat akan mengira segala amalan si penuntut ilmu itu samada dia sedang belajar,mengajar atau sedang duduk dalam majlis ilmu tersebut.

Sebagai penambahan ilmu pengetahuan kita,sayap malaikat yang disebutkan tadi bukanlah sama sepertimana sayap yang  ada di dunia ini.Sayap malaikat termasuk di dalam perkara-perkara yang ghaib.Tidak perlulah kita bersusah payah untuk memikirkannya.Cukuplah sekadar kita maklum dan tahu akan sayap malaikat itu,tetapi bentuk atau kaifiatnya kita serahkan saja pada Allah taala,kerana Allah lebih maha mengetahui segala-galanya.

Firman Allah taala “segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi yang menjadikan malaikat sebagai utusan yang mengurus berbagai-bagi urusan,dan mempunyai sayap masing,samada dua,tiga dan empat”(surah fathir :1).

Rasulullah bersabda “Seorang yang punya ilmu mempunyai kelebihan daripada seorang ahli ibadah sepertimana kelebihan bulan daripada bintang-bintang lain”. Di sini Rasulullah mentamsilkan kelebihan orang alim itu seperti bulan(cahaya bulan itu) mengatasi  cahaya bintang-bintang yang lain.

Sebagai contoh, kita lihat bulan purnama setiap tanggal 15 dalam bulan-bulan islam.Cahaya bulan purnama mempunyai cahaya yang sangat terang.Sehinggakan pejalan-pejalan malam tidak perlu membawa lampu suluhnya.Cahaya bulan saja sudah boleh memberi manfaat kepada manusia.Begitu juga bagi nelayan-nelayan yang turun ke laut pada waktu malam.Mereka akan mudah menyelusuri jalan pulang ke tebing disebabkan cahaya bulan dapat memandu mereka menuju jalan pulang.Maha kuasa Allah menciptakan bulan bagi memudahkan urusan manusia.

Pengakhirannya,tuntutlah ilmu Allah yang amat luas ini.Semakin kita menuntut dan mempelajari ilmu,semakin tahu dan kenallah kita akan kebesaran Allah.Hanya dengan ilmu Allah sajalah kita boleh mentadbir diri sendiri,keluarga,dan masyarakat kita.Moga kita berjaya di dunia dan akhirat.amin




0 comments:

Post a Comment