Wednesday 28 November 2012

Ikatlah ilmu dengan tulisan.

-->



Apa yang ingin ditulis? Bagaimana nak menulis? Mengapa perlu menulis? Penulisan macamana ingin ditulis? Antara persoalan-persoalan yang mendatangi kepada diri penulis ketika hendak menulis.

Secara umumnya, menulis itu adalah suatu cara bagaimana seseorang mendapatkan ilmu dan berupaya mengingatinya. Bukankah ilmu Allah itu terlalu luas? Adakah tanpa menulis membuatkan seseorang itu ingat dengan apa yang dipelajarinya?  Semestinya seseorang itu tidak akan mengingati ilmu sepenuhnya sekiranya dia tidak menulis.

Kisah orang terdahulu banyak memberi pengajaran kepada kita pada masa kini. Alim ulama kita terdahulu sentiasa melazimi diri mereka dengan karya-karya penulisan tersendiri. Mereka adalah antara golongan yang rajin menuntut ilmu dan rajin juga menulis. Mereka yakin bahawa dengan penulisan itulah, mereka dapat memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

Sedikit kisah, seorang alim ulama nusantara kita iaitu Syeikh Daud Al-Fathoni.  Meninggal pada 1265H bersamaan 1791M.  Beliau merupakan tokoh ilmuwan yang tidak dapat di nafikan kehebatannya. Kehebatannya diperakui oleh sekalian guru-gurunya. Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang kuat dengan agama. Dan yang paling utama, beliau telah berjaya menghasilkan 58  buah kitab dalam pelbagai bidang ilmu hasil penulisannya sendiri.  Kitab-kitabnya menjadi rujukan bagi pelajar-pelajar pondok sehingga kini.

Ilmu tidak akan berhasil tanpa ada catatan atau penulisan. Dalam erti kata lain,ilmu itu dilazimi dengan tulisan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah  yang berbunyi “ikatlah ilmu itu dengan tulisan”. Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang  penuntut ilmu itu mempunyai medan penulisan tersendiri untuk menyebarkan ilmu-ilmu  Allah ini.InsyaAllah.




0 comments:

Post a Comment