Friday 14 June 2013

“kami bersabar wahai ayah”









Sezuhud-zuhud pemerintah,sebaik-baik pekerja,

semoga Allah merahmatimu khalifah Omar Abdul Aziz …                                                                                                                                                                            
 Diceritakan bahawa anak khalifah Omar Abdul Aziz telah menangis teresak-esak, sedang mereka masih kecil.  Pada hari itu juga  merupakan hari perayaan bagi kaum muslimin.

Omar bertanya: Mengapa kamu menangis wahai anakku?

Anaknya menjawab:  Kesemua anak-anak  lain mengenakan baju baru, sedang kami adalah anak amirul mu’minin masih berpakaian yang lama…

Maka  Omar pun timbul rasa sedih lalu ia pergi ke gudang Baitulmal,seraya berkata kepada pekerja gudang itu : Adakah kamu izinkan aku untuk meminjam wang gaji bagi bulan yang akan datang?

Lalu bertanya pekerja gudang itu kepadanya : Mengapa  tiba-tiba engkau meminjam wang amirul mu’minin?

Omar pun menceritakan tujuannya meminjam wang itu untuk membelikan baju baru untuk anak-anaknya.

Maka pekerja tadi berkata: Tidak ada halangan bagiku wahai amirul mu’minin untuk meminjamkan wang itu kepadamu akan tetapi dengan syarat…

Omar bertanya: Apa syaratnya?

Pekerja itu berkata: Adakah engkau wahai amirul mu’minin dapat menjamin akan diriku  KEKAL HIDUP  sehingga bulan depan untuk ku mengutip wang pinjaman yang telah engkau pinjam dulu itu?

Omar tersentak lalu terus meninggalkan pekerja itu dan kembali ke rumahnya.

Kemudian anak-anaknya bertanya: Bagaimana wahai ayah,apa yang telah ayah  lakukan?

Omar berkata: Adakah kamu mampu bersabar,lalu kita semua dimasukkan ke SyurgaNya atau kamu tidak bersabar menyebabkan ayahmu ini di humban ke Neraka?

Anak-anaknya menjawab: Kami bersabar wahai ayah.





0 comments:

Post a Comment