Friday 6 July 2012

Jatuhnya sebuah tamadun.

Sebuah buku karya Mohamad Nurhakim hasil terbitan PTS Islamika sdn.bhd yang berjudul "Jatuhnya Sebuah Tamadun".PTS Islamika di antara penerbit popular di Malaysia yang  banyak menerbitkan buku-buku yang berbentuk ilmiah dan islamik sesuai untuk bacaan umum.


Penulisan buku ini adalah untuk membantu para pelajar pendidikan islam yang hendak mempelajari sejarah serta memahami kronologi peradaban islam secara meluas.Selain itu ,buku ini juga membahaskan bab-bab mengenai peradaban islam.Bermula dari era Nabi Muhammad saw pada zaman klasik(650M-1250M),zaman pertengahan(1250M-1924M) dan zaman moden(1924M-sehingga sekarang).


Di dalam zaman klasik terbahagi kepada 4 corak pemerintahan.Bermula di zaman pemerintahan Nabi Muhammad sollahualaihi wasalam di Mekah dan Madinah.Selepas rasulullah wafat sistem pemerintahan diganti kepada sistem khalifah.Khalifah yang pertama ialah saidina abu bakar as-siddiq,saidina umar al-khattab,saidina usman bin affan dan saidina ali bin abi talib.                                                                       


Pada tahun 661M,kerajaan yang telah diasaskan oleh khulafa ar-rasyidin telah berakhir dan tapuk pemerintahan diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah di Damaskus.Pengasas bagi kerajaan ini ialah Muawiyah bin Abu sufian bin Harb bin Umaiyah bin Abdul Syam.Kerajaan ini bertahan selama 89 tahun.


Seterusnya,tapuk pemerintahan beralih kepada kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad.Kerajaan ini memerintah pada masa yang terlalu panjang selama 508 tahun.Pada masa yang panjang inilah berlakunya perkembangan sains dan kebudayaan serta perkembangan ilmuwan islam.Pada tahun 1258M,kerajaan Bani Abbasiah telah mengalami kemunduran dan kejatuhan.Pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhannya,salah satu daripadanya terjadi pemberontakan di dalam sistem pemerintahan dan serangan yang hebat daripada tentera Mongol yang di ketuai oleh Hulagu Khan.


Kejatuhan kerajaan ini membawa kepada bermulanya zaman pertengahan(1258M-1924M).Rentetan daripada itu lahirnya 3 kerajaan besar iaitu kerajaan Safawi di Parsi(1501M-1722M),kerajaan Mughal di India(1526M-1858M) dan kerajaan Uthmaniah di Turki(1281M-1924M).


Kerajaan Safawi berpusat di Parsi atau dikenali sekarang sebagai negara Iran.Nama safawi di ambil sempena nama pemimpin tarekat Safiuddin yang mengasaskan kerajaan ini.Pada tahun 1526M,Zahiruddin Babur telah berjaya menguasai India.Beliau berketurunan daripada Timur Lenk seterusnya menamakan kerajaannya sebagai kerajaan Mughal.Antara sultan-sultan yang terkenal di dalam kerajaan Mughal ialah Babur,Humayun,Interregnum,Akbar,Jahangir,Shah Jahan dan Aurangzeb.


Kerajaan terakhir pada zaman pertengahan ini ialah kerajaan Uthmaniah.Bangsa Turki mempunyai 2 kerajaan yang berjaya dalam mengukir sejarah dunia.Pertama,kerajaan Turki Saljuq dan kedua kerajaan Turki Uthmaniah.Kejatuhan kerajaan Turki Saljuq akibat serangan pasukan Mongol ada titik permulaan terbentuknya kerajaan Turki Uthmaniah.Di antara sultan yang masyhur dalam kerajaan ini ialah Sultan Muhammad yang bergelar Al-Fatih kerana kejayaannya menakluk konstantinopel,benteng terakhir empayar Rom Timur.Kejayaan ini bertepatan dangan hadis Nabi Muhammad sollahualaihi wasalam yang berbunyi "Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik"


Zaman ketiga atau dikenali zaman moden bermula sejak tahun 1924M sehingga sekarang.Zaman ini dikenali sebagai zaman penjajahan Eropah ke atas negara-negara islam.Zaman ini melahirkan pengaruh modenisasi di kalangan umat islam.Rentetan daripada pengaruh tersebut,lahirnya kebangkitan serta usaha-usaha pembaharuan di dalam dunia islam.Negara-negara islam dahulu seperti Mesir,Turki,India,Malaysia dan Indonesia melakukan pembaharuan selepas memperoleh kemerdekaan daripada penjajah.


Oleh itu,sebagai penuntut ilmu yang cintakan agama,bangsa dan negara adalah menjadi satu kemestian kepada dirinya untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai usaha-usaha pembaharuan ini.Tidak terhenti di atas tahu,malah digalakkan dirinya untuk melibatkan diri secara langsung dalam usaha-usaha pembaharuan ini untuk menjulang islam sepertimana yang berlaku dahulu.


















                                          

0 comments:

Post a Comment