Friday 20 July 2012

Ramadhan kareem,Allahu akram.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)                                                                                                                                                                                                                                                     

 "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur". (Al-Baqarah 2:185.




Sabda rasulullahi sollahu alaihi wasalam "Terbinanya islam itu atas lima perkara: mengucap dua kalimah syahadah bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat sehari semalam,menunaikan zakat,menunaikan haji,dan berpuasa di bulan ramadhan".


Telah menjawab rasulullahi sollahu alaihi wasalam kepada seorang arab badwi yang telah menyoalnya; khabarkan kepadaku apakah Allah fardukan ke atasku untuk berpuasa? Rasullulah menjawab berpuasa di bulan ramadhan.


Sabda rasulullahi sollahu alaihi wasalam : "apabila datangnya ramadhan,maka Allah bukakan pintu-pintu syurga dan Allah tutup pintu-pintu neraka dan dibelunggu sekalian syaitan"

"Kullu sanah wa anta bi toiyib" "Ramadhan kareem,Allahu akram" Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan ramadhan al-mubarak.Bulan yang sangat di nanti-nantikn oleh seluruh umat islam seluruh dunia samada di barat atau di timur.


Timbul persoalan,mengapa bulan ini dinamakan bulan ramadhan? apakah maksud ramadhan? Berkata sebahagian ulama ,bahawa ramadhan berasal daripada perkataan "رمض" yang bermaksud "bakar" iaitu membakar dosa-dosa yang lalu."الرمضأ" juga membawa maksud "panas" iaitu tahap kepanasan pada bulan itu berbeza dengan bulan-bulan yang lain.Menunjukkan di sini bahawa di dalam bulan ramadhan itu mmpunyai cuaca panas yang luar biasa.Allah taala juga telah memerintahkan para malaikatnya untuk merendahkan sayap mereka dan menghitung pahala daripada amal hamba-hambanya.


Bulan yang terdapat di dalamnya malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lalilatul qadar).Mungkin kita terlupa apakah sebab Allah taala telah menamakan malam ini malam lailatul qadar? Mengapa ia dinamakan sedemikian ? Para ulama telah memberikan pandangan antaranya ialah pada malam tersebut para malaikat akan mencatat takdir,rezeki serta ajal anak adam itu bagi tahun yang akan datang.Ini berdasarkan firman Allah taala yang berbunyi  "Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Al-Qadr 97:4)".     "(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)". (Ad-Dukhaan 44:4)


 Ada sebahagian ulama berpandangan bahawa pada malam tersebut bumi telah dipenuhi oleh para malaikat. Sahl bin Abdullah pula berpandangan pada malam tersebut Allah telah menurunkan rahmatnya pada hamba-hambanya yang beriman.


Bulan ini juga dikenali sebagai bulan pentarbiahan.Allah taala akan mentarbiah  dan menguji hamba-hambanya dengan menahan daripada makan dan minum di siang hari bermula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.Selain itu juga,Allah taala  memerintahkan tiap-tiap manusia itu untuk meninggalkan perkara yang sia-sia contohnya mengumpat,memfinah,berbual kosng,membazir dan sebagainya.


Oleh itu,marilah kita merebut peluang keemasan yang telah Allah sediakan di dalam bulan ini. Banyakkan berzikir,bertasbih dan bertahmid.Sama-samalah kita berusaha untuk menghidupkan malam-malamnya dengan mendirkan solat malam dan memperbanyakkan sedekah.Melakukan satu amal kebaikan akan digandakan pahalanya kepada 70 kali ganda.



0 comments:

Post a Comment